Rogol statutori Rogol

"Rogol statutori" ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia kerelaan. Istilah ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat. Ia digelarkan begitu kerana ia dianggap sebagai rogol dibawah statut, dan bukannya berdasarkan prinsip "Common Law".

Oleh sebab negara mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak, ia telah mengisytiharkan bahawa kanak-kanak di bawah usia yang ditentukan tidak berupaya memberi keizinan yang berpengetahuan. Walaupun kanak-kanak bersetuju dan rela dengan kegiatan seksual yang dilakukan terhadap mereka, perbuatan itu masih lagi dianggap sebagai rogol. Undang-undang negara banyak berbeza dalam definisi "rogol statutori". Ada yang mengecualikan perogol kanak-kanak, dan juga ada yang mengecualikan perogol yang berkahwin dengan kanak-kanak berkait sebelum didakwa.